21 Jun 2022, Nilai – Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Pensijilan Iso 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) telah diadakan sebanyak tujuh (7) siri bermula dari bulan September 2021 sehingga bulan Jun 2022. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk persediaan pelaksanaan Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pembangunan, pengoperasian, pemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) di USIM. Ini dapat meningkatkan kompetensi Universiti dalam pembangunan sistem selaras dengan prinsip keselamatan maklumat.
Jabatan yang terlibat dengan pelaksanaan pensijilan ini adalah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko Dan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Usim ‘Alamiyah, Jabatan Keselamatan, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dan Jabatan Undang-undang (JUU). Encik Nazim Harun dari Tujuan Cahaya Resources telah dipilih sebagai penceramah/konsultan bagi membimbing para peserta bengkel ini.
SIRI BENGKEL | TARIKH |
Siri 1: Bengkel Membangunkan Metodologi Penilaian Risiko | 20 Sep 2021 |
Siri 2: Bengkel Melaksanakan Penilaian Risiko | 21 Sep 2021
27-28 Okt 2021 |
Siri 3: Bengkel Melaksanakan Risk Treatment Plan | 29 Okt 2021 |
Siri 4: Bengkel Menghasilkan Statement of Applicability (SoA) | 29, 30, 31 Mac 2022 |
Siri 5: Bengkel Mengenalpasti dan Membangunkan Manual ISMS Prosedur Utama, Prosedur Operasi, Arahan Kerja, Dokumen Wajib dan Borang Berkaitan | 11, 12, 30, 31 Mei 2022 |
Siri 6: Bengkel Menentukan dan Membangunkan Dasar & Objektif ISMS | 13 Jun 2022 |
Siri 7: Bengkel Mengenalpasti dan Menetapkan Apa Yang Perlu Diukur dan Menetapkan Kaedah untuk Pemantauan, Pengukuran, Penganalisaan dan Penilaian | 20, 21 Jun 2022 |